emotion device's myspace »

Tuesday, December 22, 2009

Kitaorang dah bilang yang school tu gerek apa, korang takder trust sama member. :)


Semalam aku lepak kat umah kakak aku. Dia dah tak macam orang aku tengok. Sebabnya di terlalu sibuk menyiapkan penandaan Kertas SPM 2009 Bahasa Melayu. Aku pun terfikir kalaulah aku yang diamanahkan untuk membuat tanggung jawab tu.. Mapos aku tak berani nak terima. Korang banyangkan dia nak baca semua karangan budak-budak tu dengan teliti, cari kesalahan ejaan, ayat, penggunaan bahasa dan macam-macam lagi lah. Kalau budak yang tak menjawab soalan tu kira mudah la kerja dia. Pangkah je, tapi itu adalah 1 dari 50 kertas. Tetapi kebanyakkannya menulis dengan bersungguh-sungguh walaupun menggunakan pen dakwat biru dan hitam dengan pelbagai bentuk tulisan, ada besar ada kecik cam takut dakwat pen habis, ada yang senget macam calon tu tulis karangan semasa menuruni gunung, ada yang macam kena kejar anjing semasa nak gi kedai belikan emak garam kat kedai runcit india muslim kat taman aku ni, ishh pokok kata macam-macam lah. Aku kagum ngan kakak aku macam mana di boleh melayan semua kertas tu sepanjang cuti penggal ni. Dia cakap kat aku, " kalau nak menanda kertas periksa, hati kena bersih, iklas, tak boleh ikut suka hati atau terbawa-bawa emosi meluat nak baca jawapan ni semua. Sebabnya, ni masa depan budak-budak yang menjadi calon SPM tersebut.".. Perhh.. betul gak.. buatnya kalau kakak aku dah meluat nak tanda, ikut suka hati bagi markah tak ke naya calon tu.. hahah.. tapi tu bukan isunya aku menulis post kali ini.. tapi aku tertarik ngan isu baru-baru ini yang mengatakan prestasi murid-murid semkain cemerlang. Adakah murid semakin pintar atau soalan yang terlalu mudah?.. ermm tapi terfikir tak korang?.. apa bezannya.. dah kalau budak tu pandai sure la soalan tu jadi mudah.. hahah kalau susah tandanya tak berapa nak pandai la.. tapi kalau senang pun adalah sebab diorang boleh jawab.. ermm.. arghkk apapun semua tu kalau nak dibahaskan akan pusing-pusing kat situ jugak. Pada aku Kementerian Pendidikan dan Majlis Peperiksaan yang kurang arif dengan tafap kecerdikan murid-murid sekarang. Kalau diorang arif sure isu tu tak akan timbul. Tapi pada aku la, memang kebanyakkan murid-murid sekarang sudah semakin pintar. Mungkin faktor ekonomi, dan kemampuan kebanyakkan keluarga di Malaysia mampu menyediakan makanan yang berkhasiat dan mereka mempunyai akses yang mudah kepada teknologi. Teory evolusi mungkin boleh digunakan. Manusia berivolusi terhadap kemahiran dan kecerdikan baka mereka. Macam selsema burung gak. Makin lama makin pandai dalam merebak dan bertukar menjadi macam-macam virus yang lebih canggih dan sofisikated. Itu virus apa la nak dihairankan dengan manusia.. ye tak?.. Dari perkara-perkara inilah yang menyebabkan aku berfikir, kenapa budak-budak sekarang tersangat bosan bila nak kesekolah. Mungkin sekolah, silibus, penerampilan guru, uniform sekolah, kantin, apa semua la tidak berevolusi dari bertahun-tahun lamanya. Bosan sekolah dari time aku sekolah sampi aku dah nak jadi cikgu... sama je.. Sekolah tak style langsung, tak cool, tak happening, tak menarik untuk nak datang hari-hari, cikgu skema, banyak sangat yang tak boleh, banyak peraturan dan macam-macam kemungkinan menyebabkan sekolah adalah tempat pertama tempat paling tak cool buat generasi muda untuk pergi setiap hari. hahah.. so pada aku la.. masalah yang paling penting macam mana nak buat sekolah tu 'cool'.. sekolah tu 'style duh'.. sekolah tu "chaghe gile gi sekolah" (selalu kekawan Jb aku guna), atau "gerek sey sekolah ni" macam budak-budak Singapura bilang. haha.. Ntah la.. so kat sini la aku nak tengok pendapat korang macam mana nak buat sekolah tu gerek, cool dan style.. kebebasan apa yang patut kita berikan?.. aku taknak nanti aku jadi cikgu.. budak-budak ramai-ramai tak suka nak gi sekolah.. sebab aku pun macam tu dulu. dan taknak la penyakit tu datang lagi setelah aku yang jadi cikgu.

2 comments:

Being To Be....??? said...

amacam bro??sudah cukupkah persediaan anda utk menjadi seorang guru praktikum yg bakal menjelang nanti??hehehhe...

emotion device said...

Ermmm belum laa... Ni nak menghadap kemuncak seni pun dah tak sanggup.. Arghhkk.. tertekannn!!!