emotion device's myspace »

Sunday, August 23, 2009

Kita ni kuman jer.. Apa nak kusut!


Ermm semalam aku berfikir lagi. Tapi apa yang lebih menarik aku ditemani oleh kawan-kawan serumah, kawan-kawan sefakulti dan kekawan sekoden. hahah.. Anderias kawan aku yang beragama Kristian Prostesten datang jugak. Selepas ramai-ramai gi botak sampai naik panas mesin cukur rambut tu kami melakukan aktiviti bebas. hahah masa ni la Anderias memberi aku pendrivenya dan menyuruh aku melihat video ceramah agama dari Benjamin seorang melayu yang agak lembut kenapa dia keluar dari Islam dan memeluk agama kristian. Ermm. Aku pun tak pasti kenapa Anderias bagi aku video tu. Mungkin dia nak suruh aku convert ikut dia kot atau pun dia nak takutkan aku sebab sebelum ni dia takut bila sama-sama menonton video zeitgeist. Yup aku pun takut dan tak boleh tidur selepas aku tengok video tentang Estoric Agenda. Pada aku ceramah Benjamin yang Anderias bagi tak cukup impak pada aku seperti mana aku menonton video Estoric Agenda. Gila apa lepas tengok video tu aku jadi susah nak tido. Bawak kereta fikiran melayang pikir teruk-teruk. Balik JB gi jumpa wandi dan Jiboy cerita benda ni. Lepak saujana dengan Chaon dan Yusri pun cerita benda ni dalam bilik stor yang sempit dan panas. Tapi kami selesa je. hahahah.. Xtau kenapa mungkin "Cat are mine" yang Sharul introduce kat aku.

Tu masa aku awal-awal dulu lepas tengok video tu, yup sekarang aku dah mula explore kepala otak aku sendiri. Aku dah mula buat konsirasi teory aku sendiri. Yup macam orang gile. Tak apa aku tak kisah yang penting ni hobi aku sekarang. Layan Konspirasi Teory. Walaupun benda-benda ni jadi bahan gelak kekawan sebab aku ni diorang kata obses ngan benda-benda ni. Aku bukan obses aku just suka, seronok bermain-main dalam cerita konspirasi ini. Melatih aku belajar berfikir melampaui batas dan sesuatu yang mustahil.

Ye, Hari tu Anderias suruh aku tengok ceramah agama oleh seorang melayu kristian yang dulunya seorang muslim. Ntah. Aku tak terpengaruh sikit pun. Pada aku dia menukar agama kerana dia sendiri tidak kenal agamanya sebelum ini. Tapi itu bukannya topik yang aku nak ceritakan. Aku ingan menceritakan tentang hidup. Kenapa kita hidup. Apa benarkah semua yang kita lihat ni adalah realiti?.

Ye pada malam itu aku berbual panjang bersama Amert dan Nick seorang kawan yang beragama Kristian Khatolik. Kami berbual pasal konspirasi dunia. Zeitgeist. Estoric Agenda dan Vinus Project. Hahaha seronok kerana kami bagaikan detektif mengungkap persoalan dan menjawab persoalan menggunakan logik. Merapu, takut, ketawa dan merepek.

Masih aku ingat kata-kata aku pada diorang berdua, "Kita adalah makhluk yang sungguh kecil dan mempunyai ilmu yang terbatas. Bayangkan di kaki Amert ada kuman. Kuman ni berkampung hidup bermasyarat kat kaki tu. Mereka makan hidup membiak dengan selesa. Agak-agaknya, kuman-kuman tu tahu ke mereka semua hidup dan duduk kat kaki Amert?"

Amert dan Nick menjawab, "Tentulah diorang tak tau diorang duduk kat kaki Amert" Sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Nah, so sekarang cuba ko bayangkan kita ni hidup, makan, bergerak dalam dunia kita macam kuman tu. Kita ini kau bayangkan adalah kuman itu. Jadi kat kaki siapa kita duduk? Ko tau?" tanya ku.

"Tak tau dohh!!.. Bapak besar kaki tu!!"

hahah macam tu la aku nak membayangkan kepada mereka betapa kita ni kecik dalam alam semesta ini. Kita hanya la kuman yang hidup di butiran pasir di tepi pantai. Ilmu manusia takkan terjawab tentang kehidupan manusia itu sendiri. Jadi perlukah kita semua berbangga dengan apa yang kita ada? Sedarlah kau, kau dan kau semua hanya kuman. Aku pun kuman jugak.

Monday, August 3, 2009

EMO apa yang aku kenal pada 1997


Ntah kenapa aku selongkar cd2 lama aku dan bukak cd yang dah berabuk kat rak cd aku. Yup.. CHALKLINE... band emocore dari US. Teringat zaman tu kira lagu ni lagu tema setiap kali gig dan tentunya tunggang-langgang jadinya bila ada band yang cover lagu ni. Hahah dan lagu ni kira lagu mesti bawak tiap kali jamming ngan kekawan.. Hahah tapi apa yang aku suka lirik dia..

CHALKLINE - Disseminate

Catchphrase propagation of fear
seek to glorify ruin their lives
Your slick campaign it cultivates
a lifetime of conditioned hatred
GUILTY UNTIL PROVEN INNOCENT
the law of MASS MEDIA
your controlled by the media
they'll ruin your life
and swallow you whole.


tak pernah dengar lagu ni?.. tak pe gi jumpa anjing yang ada radio kat bawah bolg ni!! hahah