emotion device's myspace »

Friday, August 20, 2010

Perhatian! Baca dan mungkin dapat menyelamatkan anda dari crisis kewangan yang meruncing.


Dah lama rasanya tak tulis dalam blog ni. Hari ni aku menulis lagi. Dalam bilik muzik di SMK Raja Permaisuri Bainun. Hari ni dah berapa hari ntah aku lupa aku mengajar kat sekolah ni sebagai guru praktikal, ok la semua ok boleh layan, budak-budak baik, staff-staff baik, cikgu pembimbing baik, ex-senior upsi baik, cikgu-cikgu" BAIK?!".. hahah..


Minggu ni budak-budak exam. Memang boring n mengantuk la gi jaga exam. Tapi kelakar gak sebab diorang berlakun nak meniru dan fikir aku tak tau. Tapi aku malas nak marah sebab kelakar, singkatnya otak diorang ni, aku just lepak kat sebelah meja dia, hahah dia bengang dan tak selesa sebab nak cari peluang meniru tak dapat.. hahah


Aku sebenarnya nak cerita pasal duit. Sekarang ni semua orang merungut kurang duit, takder duit, barang mahal, tekanan kerja apa la itu la ini la, jadi masalah kat family, yup.. sebab semua perkembangan ni memberikan impak pada aku dan juga family aku. Ekonomi gak boleh buatkan hubungan ahli dalam family agak tegang kerana tekanan perbelanjaan hidup harian. Tapi xda hal la.. tak serious pun.. itu la dinamakan hidup.

Duit memang tak banyak sekarang. Kita tak lah miskin tapi tak boleh nak bermewah. Sebabnya ekonomi dunia memang lembab. Duit yang ada berlegar dalam negara, dan keluar. Pelabur asing pulak dah gulung tikar tutup kilang. Ramai minah-minah dan mat-mat kilang jadi penganggur. Samala dengan budak-budak yang keluar universiti masih ternganga-nganga nak buat apa?.. nak kerja mana.. kalau ada yang bagus bukak bisness pun xleh memacu ekonomi. Kita jual barang, orang tak der duit, macam mana barang kita nak laku. Kita tak berdut cuba bangunkan diri berniaga kepada orang yang tak berduit akhirnya kita lingkup jadi makin tak berduit. hahah susahkan,


Peniaga merungut bisness tak jalan, orang tak nak beli barang, masyarakat semua belanja cukup-cukup makan je macam mana nak membeli belah, so akhirnya peniaga dengan pembeli yang miskin. Sapa yang kena ambik tindakan?.. tentulah kerajaan.. apa projek sekarang untuk hangatkan ekonomi?.. macam time Tun Mahathir, buat Proton, buat MSC, Buat Putrajaya, buat F1, jadi macam-macam la syarikat ada nak sediakan perkhidmatan untuk projek tu. Mat-mat kilang berduit, makcik-makcik bukak kedai goreng pisang, kedai abe tomyam pun ada, semua orang berduit.. haha itu masanya ekonomi bergerak rancak.. sekarang ni apa ada?..duit tak de.. tido je sebab puasa?.. ceh!


Kerajaan nak disalahkan sebab xdapat cetuskan api ekonomi supaya menjadi rancak tak leh gak nak salahkan.. Kerajaan kita tak der duit, nak ambik budak jadi cikgu ramai-ramai pun tak boleh sebab tak der duit untuk nak buat jawatan baru tu, walaupun guru memang tak pernah cukup kat semua sekolah. Takkan nak ambik je bekerja tapi tak bayar gaji kan?.. ermm..masalahnya duit kita berlegar dalaman sahaja. Tiada dari luar.


Macam dulu masa zaman perang rakyat cina kerja merata dunia tapi duit hantar balik kampung, so kampung jadi bergerak sebab berduit. Ekonomi naik sebab keluarga bole membeli belah sebab anak-anak yang merantau ni bagi duit kat family. Family happy.. peniaga kat kampung tu pun happy sebab orang berbelanja beli barang dia.. tapi.. kita boleh ke buat macam tu?.. anak-anak melayu keluar negara, kerja bagi duit kat family disini?.. ke terus kerja luar negara lupa tempat tinggal, lupa mak bapak, terus lepak sana...bangga jadi melayu euro konon.. tak guna gak. Aduhh susah jugak...


So masalahnya kerajaan nak buat projek, bagi ekonomi naik tapi semua cam relex-relex je, tak de apa, tak susah tak senang, tapi duit takder, tak buat projek kesian rakyat, nak buat mana nak korek modal, nak jual barang tempatan ke luar orang lain pun tengah malas nak beli.. ermm..

Dan sebenarnya keadaan ni la yang aku takut.. macam kira bom jangka nak meletup la,, Tak boleh jadi semua tido.. ekonomi tak gerak.. hidup tak best.. dah tak der shopping, beli belah, itu ini, jual beli, restoran, makanan,...semua jadi freeze.. beku sebab tak der pencetus ekonomi. Mcam konsep projek mega kerajaan yang tadi aku cerita. Sama kan dalam lavel dunia. Masalah kat kampung, masalah kat bandar, masalah dalam negara dalah masalah sama dalam dunia. Dunia kita ni bukan besar pun, banyangkan cam satu bandar je.Setiap negara adalah ahli-ahli dalam kompani tu. Semua sebagai peniaga dan pembeli. Sama jugak.."Syarikat Malaysia" jual minyak, gatah.. tapi memberangsangkan sebab tak der pencetus. Negara lain iaitu dalam kes ni "syarikat lain" pun tak membeli sebab tak banyak dulut. Semua tido.. ekonomi tak gerak.

Sama kan?.. tengok kampung,.. tengok bandar.. atau pun dalam perlambangan negara.kalau dalam negara boleh la kerajaan buat pencetus ekonomi dengan projek-projek macam F! atau MSC.. kalau dunia??.. sapa nak buat projek dunia??...


hahahah ni la yang paling best..untuk mencetuskan ekonomi dunia supaya semua syarikat-syarikat (negara-negara dalam dunia) boleh jalan balik berfungsi, berniaga, ekonomi rancak... jawapannya adalah.. sesiapa boleh buatkan PERANG DUNIA ke-3 tak??.. untuk naikkan ekonomi macam dulu-dulu jugak. “WAR IS MONEY”

Sunday, May 23, 2010

Darap empat ikut formula ringkas gula pasir.

Tadi pagi-pagi mama aku ajak gi pekan kuarkan duit.. lepas bebelanja..

mama; " Tengok, tadi kuar kan RM 600 dah tinggal RM 100 je. Barang semua dah mahal, gula pun kena catu"

aku; "Sekarang ni bukan barang mahal, cuma duit kita je kena guna banyak untuk beli satu barang."

mama; "Kalau orang yang kerja gaji seribu je macam mana nak hidup?.. "

aku; "ye la.. memang susah.. kita fizikalnya macam dah maju.. tapi taraf hidup still tak berubah.. "

mama; "dulu gula sekilo 35 sen sekarang ni dah empat kali ganda.."

aku; " ye ma, walau pun mama rasa mama dah bergaji jauh lagi tinggi dari dulu tapi sebenarnya kita still kat kelas pertengahan.. 25 tahun dulu.. sama je sampai skg.. gaji naik barang pun naik.. so perlu ke gaji naik?.. "

mama; "betul.. kata jangan panik gula masih mencukupi.. tapi still kena catu.. kawal market untuk keuntungan.. kalau dulu kelas pertengahan orang gaji RM1000 tapi sekarang kena 4 kali ganda la.. So kalau siapa gaji bawah RM4000 boleh kata berpendapatan rendah la.. so kalau hanya gaji RM1500?"

aku; "ermm ...." (diam.. sebab aku langsung tak perpendapatan..) " so nak beli gula kat mana?"