emotion device's myspace »

Wednesday, April 29, 2009

"Jgn lewat. pickcell da tenganga da 2" mesej terakir dari kawan.


Aku terlalu kusut 2-3 hari ni dan pada malam ini kemuncak semuanya. Aku tak tau apa yang harus aku buat. Buat pertama kalinya aku tak nampak langsung jalan keluar. Semuanya bagaikan memberi jawapan yang sama. KANTOI. Aku sendiri tak pasti peristiwa tadi benar-benar berlaku atau hilusinasi. Buntu dan tiada harapan. Aku tau jawapannya adalah tiada jalan keluar. Tapi aku tak mampu untuk memikirkan pembalasan dan hari mendatang. Aku bukan takut dengan apa berlaku tetapi aku terlalu takut dengan kesan yang akan terjadi. Aku merasa terlalu marah. Walaupun aku berada di pihak yang salah di mata masyarakat melayu. Kenapa ada golongan yang suka menunjukkan kesilapan orang lain. Apa yang mereka dapat? Ya, malam ini aku dapat jawapannya. Dari air muka dan cara bercakap aku yakin mereka seronok melihat kesusahan dan kehancuran hidup masa depan orang lain. Mendapat keseronokan dari kemusnahan? Busuk hati. Tetapi berbangga dengan topeng suci dan ikhlas kononnya akulah hero masyarakat. Ntah la. Aku keliru. Bila memilih kebenaran kita membiarkan kemusnahan akan tetapi jika memilih kesempurnaan kita seakan bersetuju walaupun sesuatu cara atau perkara itu salah. Perlukah berselindung di belakang panji menegakkan kebenaran dan bergembira di atas kemusnahan hidup seseorang. Mungkin kemusnahan berasal dari ke alpaan diri, tetapi perlukah pembalasannya harus ditanggung seumur hidup dan tiada jalan untuk diperbaiki? Kawan, aku terlalu berharap supaya aku dapat memperbaikinya. Tapi aku buntu. Aku menyesal kerana aku terlalu lemah dan tidak berupaya membantu walaupun sedikit. Aku berharap kau tidak akan mengalah. Walaupun begitu aku sendiri tidak tahu bagai mana untuk melawan ombak besar ini. Saat ini aku tahu kau sedang sendirian di ruang gelap dan tertutup. Aku tidak mampu membukanya. Aku tidak tahu cara membukanya. Malahan aku tidak berupaya mendekatinya langsung. Aku kalah tetapi aku tidak mampu melihat kesan hari esok. Aku ingin melawan tetapi aku tidak tahu apa yang aku juangkan. Saat ini aku hanya ingin berkata, "kawan, kau tidak seorang. Walaupun terkurung dan tidak berdaya kami ingin kau tahu bahawa kau juga adalah sebahagian daripada hidup kami".. Pejamkan mata mu. Walau apa pun terjadi ini hanyalah episod gelap hidup kita. Cerita kita masih panjang dan sentiasa ada turun naiknya. Jika jatuh jangan dipersoalkan kenapa itu terjadi, yang penting kita sama-sama menuju ke garisan penamat yang gemilang. Teruskan. Teruskan. Teruskan. Kita pasti sampai.

Friday, April 10, 2009

Alfa beta alfa

Teringat aku, manusia normal berfikir menggunakan tenaga beta. Ini bermakna dalam kehidupan sedar kita tenaga beta digunakan untuk menyelesaikan masalah seharian. Tenaga alfa dalam keadaan separuh sedar. Potensi dan diri sebenar manusia berasa dalam kawasan ini. Alfa. Personaliti manusia bagaikan ice cube. Bahagian permukaan hanya 10% dan selebihnya di dalam air. Dan ais di permukaan menunjukkan personaliti kita semasa sedar. Tenaga alfa adalah bahagian yang tenggelam di dalam air itu. Manusia yang mempunyai kebolehan meneroka kawasan ini adalah mereka yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan imaginasi yang tidak terbatas. Penggunaan otak jugak boleh dilakukan dengan semaksima. Aku rasa inilah yang dikatakan fikiran bawah sedar. Aku sedar tetapi aku rasa aku tidur. Hahah.. mean aku dalam kawasan tenaga alfa. Misteri keadaan ni. Rasa bagaikan aku boleh mengarahkan jasat ku menaip blog ini walaupun aku sedang tidur. Aku tidak perlu berfikir. Aku hanya perlu berkata di dalam hati pasti jasat aku akan menulis setiap ayat yang keluar dari hati aku. Yeah aku adalah raja kepada jasat ku. Aku mahu tidur tapi aku tak benarkan jasat aku berbaring. Kau kena duduk dan siapkan blog ini. Tapi dia berhenti menaip. Kenapa?. Sebab aku sendiri tak mampu nak berkata di dalam hati. Apa yang aku nak cakap lagi?. Dengan siapa aku bercakap ni?.. mengapa dia terus menaip apa yang aku katakan ke dalam hati?.. kau siapa?.. kenapa kau duduk di depan laptop aku.. kenapa kau tak pandang aku.. berhenti menaip aku cakap.. kenapa kau sama dengan aku?.. kenapa aku nampak kau tapi ko taknak toleh muka kepada aku?.. mana budak rumah aku?.. kenapa ko pulak ada kat sini?.. kenapa kau rupa macam aku. rupa macam e.d?.. mana satu e.d ni?.. aku boleh baca apa kau tulis.. kenapa kau tulis apa aku kata?.. kau siapa?

Friday, April 3, 2009

Cinta itu opium

Hari ni rasanya aku bangun lambat lagi. Semalam pergi ke Halaman Budaya Bandaraya KL untuk menonton pertunjukan teater. Aku bukanlah seorang yang kecanduan untuk melihat pertunjukkan teater ini. Semangat dan tenaga dikumpul memandangkan ianya adalah satu arahan dari pensyarah teater aku yang mengkehendakkan aku dan rakan-rakan untuk pergi menonton. Karya bertajuk Nyanyian Maut. Seram tajuknya. Seram keadaan lorong masuk auditorium tersebut. Tapi di mana silapnya, aku tidak berapa seronok atau teruja dengan persembahan itu. Apa yang aku tau seram, sedar-sedar persembahan tamat. Bak kata Khalid sahabat yang selalu bertandang ke rumah aku, " Tak jadi apa pun?".. haha apa yang pelik ayat itu sungguh bermakna untuk kami (aku dan dua housemate aku, Eman dan Ali). Ianya ibarat satu ubat yang boleh membuat kami ketawa. Walaupun aku yakin tiada orang yang faham makna ayat itu walaupun anda yang membaca blog ini. Ya! Betul kami tak jadi apa-apa. Tak jadi seronok, tak jadi seram, tak jadi apa. Tapi pelik si Khalid sorang je yang menjadi. Aduh.. kerana persediaan awal yang terancang.. hahah cewah.. (tu la eman aku dah cakap, tak jadi apa ni).

Tapi apa yang jadi pada aku pagi ni.. pintu bilik di ketuk. Aku di minta menjadi saksi gelap dalam suatu perbicaraan sulit yang tak sepatutnya aku dengar. Tapi sejak beberapa hari aku telah dilantik tanpa undi untuk menjadi kaunselor kepada permasalahan percintaan rakan-rakan. Entah la nak kata aku ni pandai sangat dalam bab ini aku pun malam tadi boleh bergaduh jugak.. Adeh.. Tapi tak pe la mungkin aku hebat selesaikan masalah orang lain je kalau kena sendiri kusut jugak kepala. Itu terbukti dan aku yakin semua orang macam itu. Kita boleh bercakap dan berfikir dengan waras bila emosi kita dapat alihkan dari pertimbangan. Ye la buat apa nak terlalu emosi bukan masalah aku. So aku boleh la fikir waras dan teratur. Kalau masalah sendiri dicampur dengan emosi marah, sedih dan macam-macam lagi, Hello brader! Tak jadi apa pun.(lagi)..
Permasalahan ini aku temui dengan fikiran yang waras (ye ke geng?.. ok la tu tak ada emosi marah atau sedih) Teori simple dari aku tentang pebualan dan berpandukan dari pengalaman rakan-rakan serumah. Teori itu:

C = X + Y

Dimana;
C= Cinta
X= Fizikal
Y= Sifat (perbuatan, cara berfikir, bercakap dll)

Ianya adalah sebuah teori algoritma mudah. Dalam permasalah dari dua situasi pengalaman rakan serumah aku menjumpai teori mudah ini.

Sinopsis kes: Orang yang kita sayang melakukan benda yang kita sungguh tak suka. Apakah pilihan atau option dan apakah keputusan atau result dari pilihan tersebut.

Mari kita lakukan kira-kira,

Pilihan 1

Memilih untuk memandang perkara salah yang dilakukan oleh orang tersayang. (sifat)

C = X + Y
.: Y = C - X

Y bermaksud sifat dan berpandukan rumus tersebut bermakna C ditolak X bermakna cinta yang akan didapati adalah cinta tanpa fizikal.

Pilihan 2

Memilih untuk terus bersama dengan orang tersayang. (Fizikal)

C = X + Y
.: X = C - Y

X bermaksud fikizal, ini bermakna anda akan memiliki fizikal atau pun diri orang tersayang tersebut dengan menelan semua sifat-sifat yang ada benci semata-mata mengejar cinta fizikal.

Oleh kerana itu jika kita ingin memilih pilihan C atau cinta kita perlulah sifat iaitu Y dan mendapat X bersama. Sekian.


ps: Kalau tak faham sila rujuk Guru Matematik terdekat anda.