Wednesday, April 29, 2009
"Jgn lewat. pickcell da tenganga da 2" mesej terakir dari kawan.
Posted by emotion device at Wednesday, April 29, 2009 6 comments
Friday, April 10, 2009
Alfa beta alfa
Teringat aku, manusia normal berfikir menggunakan tenaga beta. Ini bermakna dalam kehidupan sedar kita tenaga beta digunakan untuk menyelesaikan masalah seharian. Tenaga alfa dalam keadaan separuh sedar. Potensi dan diri sebenar manusia berasa dalam kawasan ini. Alfa. Personaliti manusia bagaikan ice cube. Bahagian permukaan hanya 10% dan selebihnya di dalam air. Dan ais di permukaan menunjukkan personaliti kita semasa sedar. Tenaga alfa adalah bahagian yang tenggelam di dalam air itu. Manusia yang mempunyai kebolehan meneroka kawasan ini adalah mereka yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan imaginasi yang tidak terbatas. Penggunaan otak jugak boleh dilakukan dengan semaksima. Aku rasa inilah yang dikatakan fikiran bawah sedar. Aku sedar tetapi aku rasa aku tidur. Hahah.. mean aku dalam kawasan tenaga alfa. Misteri keadaan ni. Rasa bagaikan aku boleh mengarahkan jasat ku menaip blog ini walaupun aku sedang tidur. Aku tidak perlu berfikir. Aku hanya perlu berkata di dalam hati pasti jasat aku akan menulis setiap ayat yang keluar dari hati aku. Yeah aku adalah raja kepada jasat ku. Aku mahu tidur tapi aku tak benarkan jasat aku berbaring. Kau kena duduk dan siapkan blog ini. Tapi dia berhenti menaip. Kenapa?. Sebab aku sendiri tak mampu nak berkata di dalam hati. Apa yang aku nak cakap lagi?. Dengan siapa aku bercakap ni?.. mengapa dia terus menaip apa yang aku katakan ke dalam hati?.. kau siapa?.. kenapa kau duduk di depan laptop aku.. kenapa kau tak pandang aku.. berhenti menaip aku cakap.. kenapa kau sama dengan aku?.. kenapa aku nampak kau tapi ko taknak toleh muka kepada aku?.. mana budak rumah aku?.. kenapa ko pulak ada kat sini?.. kenapa kau rupa macam aku. rupa macam e.d?.. mana satu e.d ni?.. aku boleh baca apa kau tulis.. kenapa kau tulis apa aku kata?.. kau siapa?
Posted by emotion device at Friday, April 10, 2009 2 comments
Friday, April 3, 2009
Cinta itu opium
Hari ni rasanya aku bangun lambat lagi. Semalam pergi ke Halaman Budaya Bandaraya KL untuk menonton pertunjukan teater. Aku bukanlah seorang yang kecanduan untuk melihat pertunjukkan teater ini. Semangat dan tenaga dikumpul memandangkan ianya adalah satu arahan dari pensyarah teater aku yang mengkehendakkan aku dan rakan-rakan untuk pergi menonton. Karya bertajuk Nyanyian Maut. Seram tajuknya. Seram keadaan lorong masuk auditorium tersebut. Tapi di mana silapnya, aku tidak berapa seronok atau teruja dengan persembahan itu. Apa yang aku tau seram, sedar-sedar persembahan tamat. Bak kata Khalid sahabat yang selalu bertandang ke rumah aku, " Tak jadi apa pun?".. haha apa yang pelik ayat itu sungguh bermakna untuk kami (aku dan dua housemate aku, Eman dan Ali). Ianya ibarat satu ubat yang boleh membuat kami ketawa. Walaupun aku yakin tiada orang yang faham makna ayat itu walaupun anda yang membaca blog ini. Ya! Betul kami tak jadi apa-apa. Tak jadi seronok, tak jadi seram, tak jadi apa. Tapi pelik si Khalid sorang je yang menjadi. Aduh.. kerana persediaan awal yang terancang.. hahah cewah.. (tu la eman aku dah cakap, tak jadi apa ni).Posted by emotion device at Friday, April 03, 2009 2 comments





