emotion device's myspace »

Saturday, February 21, 2009

Bukan Bukan..

Aku tak tau nak menulis apa tapi terasa sangat nak menulis.. Aku tak pandai menulis untuk menunjukkan perasaan hatta perasaan aku sendiri.. mungkin aku sejak dulu tak suka buat karangan atau pun jurusan sains yang diambil pada masa sekolah dan di UTM skudai dulu membuatkan aku tak pandai mengarang cerita walaupun cerita semudah "saya sebuah kereta".. haha teringat aku pada masa sekolah cikgu Saadon memarahi aku sebab tak siapkan karangan ini.. aku tak suka subjek bahasa.. aku tak nampak kesenian yang ada pada bahasa. Pada aku bahasa tak lebih dari medium untuk berkomunikasi dalam hidupan seharian.. disebabkan tidak menyiapkan karangan tu aku menjadpat sebatan.. adoi sakit.. kenapa aku masih lagi merasa kesakitan itu.. dalam sakit-sakit tu aku duduk semula di tempat aku dan ingin menyiapkan karangan itu..

Sekarang sudah 20 tahun aku dari kejadian karangan tu aku sekali lagi merasa betapa susahnya nak menulis. Sekaranga aku terfikir kenapa terlalu susah bagi aku nak mengarang sesebuah cerita atau pun apa saja.. kenapa ada sesetengah dari kawan kawan aku mudah menulis. ada je cerita yang nak dicerita. Padahal kita tau hidup dia bukan la luas sangat.. Luas lagi padang bola depan rumah mama aku kat kota.. tak pun luas lagi bilik master bad room eman kat tj malim ni.. bilik aku tak luas.. budak budak umah cakap bilik ku sempit susah nak lepak.. ada diorang suruh aleh posisi katil queen saiz aku supaya ader ruanga untuk melepak.. apebenda.. penat kot nak alih-alih barang.. sapu bilik pun payah.. kipas angin aku ni dah tak leh kuarkan kipas la man.. eman ko buat neskepi la pulak aku tak larat.. apa ar aku bual tadi.. adeeh.. kecik pulak font kat lap top aku ni.. jap aku nak scrol naik atas baca balik.. tunggu sat jangan gi mana-mana..

Laa.. cerita pasal luas dunia.. oo.. orang kata dunia luas.. memang la luas.. tapi bukan semua orang mampu nak merayau keliling dunia.. macam aku ni..jangan kata keliling dunia nak keliling rumah pun aku tak mampu.. ujung minggu lepak umah ngan ali dan eman.. sampai tengahhari pun tak mandi lagi.. makan pun tak.. minum pun tak.. tapi aku boleh jalan.. aku ada kunci nak berjalan walaupun ko tak berjalan..boleh berjalan tapi tak payah berjalan.. jangan kata keliling dunia.. malam tadi aku dah jalan sampai jumpa He-Man.. pehh.. hebat mamat tu.. sasa kuat.. tapi dia ni macam kerek sikit la.. dia rasa dia hebat je.. aku tak suka orang macam He-Man tu.. tapi nak wat cam mana layan je la.. Budak-budak umah aku aku tak tau la suka He-Man ke tak yang aku tau diorang tak suka ngan mamat 7e tj malim. Sebab mamat tu berbual kuda. Weuukk.. nasib baik aku tak jumpa sebab pada hari kejadian budak umah jumpa mamat 7e tu aku sedang lepak-lepak ngan He-Man menjaga istana. Korang tak caya tak pe la.. Ada orang percaya.. masa lepak-lepak ngan He-Man tu aku buat poem.. hahah sebab dapat idea dari si He-Man ni.. iisshh poyo la mamat tu.. blah ar ko..

Bukan Bukan

Mata bukan diri,
Kata bukan hati,
Rasa bukan suka,
Sunyi bukan duka,
Manis bukan cerry,
Pahit tak di peduli.

Luas bukan dunia,
Tinggi bukan terbang,
Silau bukan terang,
Mimpi bukan tidur,
Cantik bukan fakta,
Hidup bukan harapan,
Selesa bukan cuai,
Aku bukan aku..


Aku dah tak larat laa.. apa aja banya benda nak cakap ni.. aku rasa macam nak membebel la.. apa perasaan membebel ni eh.. mcam mama aku bebelkan aku dulu.. mcm best la aku rasa.. ishh apa la best.. susah nak buat ayat ngan marah-marah pulak.. eman, ali mana ko?.. kita dah sampai belum?

1 comments:

emanisme said...

jangan cakap2 lagi...tulis sahaja. :)