emotion device's myspace »

Sunday, August 23, 2009

Kita ni kuman jer.. Apa nak kusut!


Ermm semalam aku berfikir lagi. Tapi apa yang lebih menarik aku ditemani oleh kawan-kawan serumah, kawan-kawan sefakulti dan kekawan sekoden. hahah.. Anderias kawan aku yang beragama Kristian Prostesten datang jugak. Selepas ramai-ramai gi botak sampai naik panas mesin cukur rambut tu kami melakukan aktiviti bebas. hahah masa ni la Anderias memberi aku pendrivenya dan menyuruh aku melihat video ceramah agama dari Benjamin seorang melayu yang agak lembut kenapa dia keluar dari Islam dan memeluk agama kristian. Ermm. Aku pun tak pasti kenapa Anderias bagi aku video tu. Mungkin dia nak suruh aku convert ikut dia kot atau pun dia nak takutkan aku sebab sebelum ni dia takut bila sama-sama menonton video zeitgeist. Yup aku pun takut dan tak boleh tidur selepas aku tengok video tentang Estoric Agenda. Pada aku ceramah Benjamin yang Anderias bagi tak cukup impak pada aku seperti mana aku menonton video Estoric Agenda. Gila apa lepas tengok video tu aku jadi susah nak tido. Bawak kereta fikiran melayang pikir teruk-teruk. Balik JB gi jumpa wandi dan Jiboy cerita benda ni. Lepak saujana dengan Chaon dan Yusri pun cerita benda ni dalam bilik stor yang sempit dan panas. Tapi kami selesa je. hahahah.. Xtau kenapa mungkin "Cat are mine" yang Sharul introduce kat aku.

Tu masa aku awal-awal dulu lepas tengok video tu, yup sekarang aku dah mula explore kepala otak aku sendiri. Aku dah mula buat konsirasi teory aku sendiri. Yup macam orang gile. Tak apa aku tak kisah yang penting ni hobi aku sekarang. Layan Konspirasi Teory. Walaupun benda-benda ni jadi bahan gelak kekawan sebab aku ni diorang kata obses ngan benda-benda ni. Aku bukan obses aku just suka, seronok bermain-main dalam cerita konspirasi ini. Melatih aku belajar berfikir melampaui batas dan sesuatu yang mustahil.

Ye, Hari tu Anderias suruh aku tengok ceramah agama oleh seorang melayu kristian yang dulunya seorang muslim. Ntah. Aku tak terpengaruh sikit pun. Pada aku dia menukar agama kerana dia sendiri tidak kenal agamanya sebelum ini. Tapi itu bukannya topik yang aku nak ceritakan. Aku ingan menceritakan tentang hidup. Kenapa kita hidup. Apa benarkah semua yang kita lihat ni adalah realiti?.

Ye pada malam itu aku berbual panjang bersama Amert dan Nick seorang kawan yang beragama Kristian Khatolik. Kami berbual pasal konspirasi dunia. Zeitgeist. Estoric Agenda dan Vinus Project. Hahaha seronok kerana kami bagaikan detektif mengungkap persoalan dan menjawab persoalan menggunakan logik. Merapu, takut, ketawa dan merepek.

Masih aku ingat kata-kata aku pada diorang berdua, "Kita adalah makhluk yang sungguh kecil dan mempunyai ilmu yang terbatas. Bayangkan di kaki Amert ada kuman. Kuman ni berkampung hidup bermasyarat kat kaki tu. Mereka makan hidup membiak dengan selesa. Agak-agaknya, kuman-kuman tu tahu ke mereka semua hidup dan duduk kat kaki Amert?"

Amert dan Nick menjawab, "Tentulah diorang tak tau diorang duduk kat kaki Amert" Sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Nah, so sekarang cuba ko bayangkan kita ni hidup, makan, bergerak dalam dunia kita macam kuman tu. Kita ini kau bayangkan adalah kuman itu. Jadi kat kaki siapa kita duduk? Ko tau?" tanya ku.

"Tak tau dohh!!.. Bapak besar kaki tu!!"

hahah macam tu la aku nak membayangkan kepada mereka betapa kita ni kecik dalam alam semesta ini. Kita hanya la kuman yang hidup di butiran pasir di tepi pantai. Ilmu manusia takkan terjawab tentang kehidupan manusia itu sendiri. Jadi perlukah kita semua berbangga dengan apa yang kita ada? Sedarlah kau, kau dan kau semua hanya kuman. Aku pun kuman jugak.

10 comments:

Pencungkil GiGi said...

Kusut sebab kuman pon main peranan dalam membantu kehidupan hidupan yang lebih besar..

Which is..kuman pon bermasalah. :)

anderias said...

aku tak takut la tngk zietgiest tu.. tu semua fakta tentang sains.. ada benarnya dan ada bohongnya.. bagi aku sains tu tak betul.. Tuhan yang ciptakan bumi nie.. dan kita adalah anak-anak Tuhan.. Buat apa aku nak kaji2 lagi tentang ilmu agama ni sedangkan aku rasa agama aku betul..

emotion device said...

Agak-agak, kuman perlu agama tak?

anderias said...

perlu.. tapi kita tak boleh anggap kita kuman atau bakteria.. kita nie satu.. macam tema kemuncak seni korang la kan, satu.. aaa..

emotion device said...

Ye. Mungkin kuman ada agama, cuma ilmu kita tak sama. Sebab tu kita tak tau dia ada ugama ke tidak.

Apa pun kepercayaan itu penting agar kita tidak tersasar arah.

i am free said...

yeah..stail2..
kaji tetap dikaji..
lihat tetap dilihat..
dengar tetap didengar..
cakap tetap dicakap..
hidu tetap dihidu..
minum tetap diminum..

so?

azmir abdullah said...

haha ala senang ja. sains tu kajian manakala agama tu kepercayaan.

sapa nak kata kajian sains tu betul, katalah.
sapa nak percaya agama tu betul, percayalah.

sapa takmau sudah.

benda yang aku paling nak sekarang ni, bukanlah kebenaran kajian sains ataupun kebenaran agama, tapi aku nak heineken.

emotion device said...

Yang penting adalah bagai mana kita melihat orang lain yang berlainan agama, kepercayaan, budaya, status, usia, warna kulit, bangsa sebagai MANUSIA. Dan sayang orang lain kerana mereka juga MANUSIA.

One-D said...

Wandi : Hahahah!!!!aku berhantu je tgk video tu dan link2 yg ade..hahaha

emotion device said...

hahaha berhantu sebab takut kalau benda yng disebatkan tu betul. Sebab manusia suka berada di tempat yang selesa dan dianggap selamat. Walaupun hanya diberikan kotak sebesar badan.

Saja aku nak cedangkan kat korang.
mula2 tengok
1.Zeitgist
2.Estoric Agenda
3.The Night Templar
4.Vinus Project
5.Fastwalker (we are not alone)

mungkin boleh digabungkan menggunakan imaginasi korang buat rumusan. Pasti menakutkan tetapi menarik.