emotion device's myspace »

Monday, June 15, 2009

Tangan bapak luka!




Sekian lama aku tidak meng"update" blog aku. Bukan apa kekangan waktu yang tidak mengizinkan walaupun terlalu banyak ingin aku tulis. Semua nya selepas pulang dari Johor (rujuk post yang lalu)

Setibanya aku ngan Ali ke Tj Malim darul Bosannakmampos terus pulang ke rumah sewa. Eman tak balik lagi dia cakap malas. Pada masa ini rumah sewa sudah tiada bekalan elektrik. Kami mendapatkan bekalan elektrik dengan meletakkan fius utama yang "dipinjam" dari rumah kosong sebelah rumah kami. So hari berikutnya baru dia pulang dan kami memulakan kehidupan dan menghambakan diri dalam produksi teater yang akan diadakan di Ipoh sempena Festival Teater Perak. Semuanya nampak berjalan lancar sehingga lah Eman pergi ke TNB Tj Malim untuk membayar bill untuk menyambung kembali bekalan tapi hanyalah mendapat kata-kata marah dari kakitangan TNB kerana mereka tau yang kami "pinjam" fius dan guna bekalan elektrik tanpa kebenaran oleh itu kami di minta untu menyelesaikan semua bill tertunggak jika mahu bekalan di sambung. Dari sini episod bermula.

Oleh kerana tiada bekalan elektrik kami dah jadi crusty punk merempat untuk tido. Tempat pertama adalah di bilik seni tari FSM UPSI. Tanpa pengetahuan lecturer kami tido disitu selepas tamat latihan teater. Seram kat situ tapi kami hembuskan je. Ahak nasib baik malam tu "petak" so xtakut sangat la. Haha aku Ali dan Eman menyelami pengalaman pertama bermalam di FSM yang dikatakan berhantu. (ye ke?)




hari-hari berikutnya ada pengalaman tido di chalet Cik Andy. Gelap gelita di dalam hutan kena meredah anak sungai dan tido malam aku kena kacau lagi ngan hantu Pak Banio sehingga terpaksa kejut Eman kerana terlalu takut. Tapi yang sialnya Eman pun takut sama. Cis ntah apa-apa.

Ok nak cerita pasal production teater yang diberi nama Menggeleb Production. Aku pada awal kami (aku, Ali, Eman) termaksa join sebab syarat yang dibagikan lecturer teater aku untuk subjek final production dan Set dan Prop sem depan. Siapa tak join teater ni masa cuti sem depan dia tak nak terima masuk kelas. Ciss begitu mudah kami dipaksa walaupun secara halus dia cakap tak paksa. Lantak lah. Layan kan aje.

Pada awal aku hanyalah "under study" bermaksud bukan pelakon utama la. Just belajar nanti akan berlakun kat UPSI je. So aku tak da la rasa tertekan sangat. Aku tau yang aku ni tak pendai berlakun, tak pernah berlakun dan dalam kelas selalu kena gelak ngan Ali dan Eman sebab aku memang kayu kalau berlakun. Ciss.. Nak dijadikan cerita semua orang yang Cik Lena (lecturer teater aku) pilih tarik diri dan tidak boleh memberi komitment. So terpaksa la aku terima tugas berat ni. Dah la watak utama, skrip bahasa dialek indon. Penulis skrip yang hebat iaitu Mortinggo Busye.



Sepanjang aku menjalani latihan aku tak pernah dapat pujian. Selalu aku la kena marah. Sebab pengarah tak puas hati ngan apa yang aku mampu beri. Dia suruh "main", "explore", "imagine".. ada gak masa nya aku rasa dah tak tahan. Khairil budak kelas aku pun kena sama, haha tapi dia meletup. Ada gak bertegang leher gak. Aku sebenarnya bukan tak nak buat apa pengarah nak cuma aku tak tau.. aku tak nampak.. aku tak faham.. dan lepas post-mortem pada suatu malam latihan, aku kena teruk lagi sebab lakonan yang lemah dan tiada jiwa. Aku pun menjawab ngan slow dan sopan kataku, "Cik, saya ni disuruh masuk bilik yang gelap dan diminta membuka suis lampu dengan kadar segera. Kalu bilik tu bilik saya tau la saya kat man suisnya, ni saya first time masuk." hahah.. ntah la dia faham ke tak.. tapi aku tau dia faham dan dia cakap soalan tu aku sendiri dah jawab.. Nahh! aku balik semula jadi tak faham. Ketahuan!. Haha macam-macam la lagi benda terjadi kalau aku cerita bukan blog dah ni.. dah jadi journal. Pendek kan cerita sampai malam terakhir latihan aku masih kena skrew. Tu yang dalam perjalanan kertas skrip aku kat tangan je. Punya la takut. Tapi kena berkorban cukur rambut adalah yang paling besar. Gile laa.. Aku dah tak siuman rupa. Cam orang gile pun ada. Lantak la malas nak fikir.


Kami pergi ke Ipoh jam 11 pagi Jumaat 5/6/2009. Sampai kat panggung kebudayaan kat Ipoh tu budak-budak Universiti Teknologi Petronas tengah siap sebab show diorang kul 3 petang. Show kami malam nya. Memang kami datang awal untuk mengelakkan kelangkabut dan kepenatan. Semua berjalan lancar walaupun ada sedikit kecacatan. Biasalah.


Kami balik malam tu jugak ke Tj Malim. Semua ahli produksi sepatutnya kena datang semula hari Isnin berikutnya untuk dengar keputusan. Tapi keputusan aku aku nak balik Johor gak Sabtu tu. Dah tahan, ada kenduri, duit dah tak der, penat, hahah so aku pulang ke Johor bersama kekasih. Budak-budak cakap stay lah mana tau menang atau kau dapat anugerah.. hahah.. diorang ni gile ke?.. ke mabuk minum redbull?.. Aku jawab kalau aku dapat anugerah aku suruh mak aku buat pulut kuning bagi kat korang semua.. hahah.. aku balik jugak Johor Sabtu tu.



Pada hari Isnin aku tau budak-budak production dan lecturer datang dengar keputusan di Ipoh. Malam tu aku terkejut bila Nana call cakap "e.d ko menang!".. huh?.. menang?.. "ye menang.. kita dapat no 2.. tapi Pelakon wanita dan lelaki terbaik dapat kat engkau dan Ilah?(Barabah).. nhuh?.. korang ni main-main ke?.. aku ni dah la 1st time berlakon.. "Betul lah e.d".. pastu diorang call guna 3G.. Tunjuk sijil n piala.. Tergamam aku.. Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Teater Perak 2009..(?) Lecturer aku pun call lepas tu cakap congratulation. Aduh.. tak caya.. Aku buat semua tu bukan nak dapat anugerah.. bukan nak menang.. aku buat sebab belajar.. sebab nak puaskan hati lecturer yang tinggi tastenya.

Apa pun aku nak ucap pada semua lecturer Cik Lena yang caya kat aku walau pun aku memang tak percaya sampai sekarang, kekawan teater, kekawan muzik dan semua lah.. Barabah terima kasih ya kerana menolong bapak, tidak jemu-jemu diajarin hingga bisa berlakun.. Dan terima kasih ke pada kekasih yang sporting dan memahami.. Muah! :)







11 comments:

Pegawai Khalwat said...

Ya, Lena Farida memang tinggi tastenya.

Pencungkil GiGi said...

ape nick name camtu? potong gile! ahh..Sekarang da tau siapa yang cakap lebey keja kurang dan cakap kurang keje plak style. kan kan kannnnn???

Bodoh punya caesar!

Nurul Shigim said...

huhu....asyik2 kene mrh je tandenya ko yg jd kalangan yang terbaik,syabas!..hehehe,aku amek je tempahan wat bunge telor bg sesiapa yg memerluka service ku....hehehe

Half said...

tahniah saya ucapkan atas award yg saudara ed aka pak banio..
personally dan seikhlasnya, saya setuju dengan award yg anda terima, sbb saya rasakan ekspresi saudara berlakon natural..
ni komen personal saya.. teruskn lakonan anda..
secara jujurnya saya menonton teater barabah ni sekejap je, sbb ada urusan lain masa tu..

Pegawai Khalwat said...

Lena Farida memang rajin marah biarpun sejak SGGS lagi.

Kalau hang tak layak dapat, maka hang takkan dapat. Dah penilaian juri macam tu, maka syukurlah.

Pandangan orang lain, terimalah dengan hati terbuka.

emotion device said...

Yup dia memang rajin marah sebab taste dia tinggi. Apa yang dia nak kadang-kadang tak mampu kita capai malahan tak nampak lansung. Tapi apa pun dia memang seorang yang hebat. Buktinya apa yang telah dia buat pada saya. Dia seorang yang komitment dan bersemangat. Wlau pun semua kepenatan. Dan mungkin sebab tu dia terus sakit balik dari show! Kesian dia. Apapun Thanx Cik Lena. Hail! Hail!

azmir abdullah said...

rujuk perkara beriku :

1. hantu? kenapa kt US takdak toyol dan kt pekan tanjong malim tak ufo?

2. aku nk ucap tahniah. masalahnya sampai skarang aku tak bleh terima kenyataan rambut ang tu. walaupun dah tgk gambaq kt atas. aku tetap rasa rimas dan tak percaya. hahaha

jadi kesimpulannya, kepercayaan tu smua hnya set minda manusia ja, kan? kalau kita kata betul, betul lah dia. kalau kita kata salah, salah lah dia. wakakkakaka tetiba kesimpulan jauh gila dari topik

emotion device said...

Menjawab soalan cikgu Amert:

1. Sebab ufo tau kat tj malim xda apa.. Susah buat kerja. "Pencegah" maksiat yang gila duit bersepah mencari mangsa.

2. Takpe la. Aku sendiri tak percaya. Tu baru perubahan fizikal. nantikan pementasan kat UPSI nanti. Eman akan berlakon.. Aduh tak sabar aku!

embracehall said...

yo edi....kiter org buat last minute lah...tak sempat nak jemput orang...so celebrate 3 orag saja....anyway next time janganlah serik nak ke embrace hall lagi...

jahanam!! said...

org tue dlm gmbor ko lh to

emotion device said...

aku lah.. setelah dilakukan extream make over.. hahah sapa ni?