emotion device's myspace »

Wednesday, December 16, 2009

SEDAR TERUS!!

Yep.. aku susah samapi ke kampung halan sesudah semua pelajar lain dah naik boring duk kat umah kerana cuti yang panjang.. Aku baru nak dapat cuti walaupun 28hb ni dah kena daftar untuk sem baru.. Cuma apa yang masih aku tak boleh lupa pengalaman aku tadi.. Semasa drive kat lebuhraya smart.. aku terlelap.. sedah2 aku dah nyaris melanggar belakang sebuah kereta. Aku brek mengejut.. terus kereta aku berpusing. Kekasih di sebelah yang nyenyak tido terjaga dan terus menjerit umpama orang nampak hantu di malam hari. Tak tau la berapa kali kereta aku berpusing di tengah hi-way tu. Semua kereta di belakang berenti dan menyaksikan aku bergelut dengan maut. Nasib baik aku tak panik dan berjaya kawal kereta aku... Hilang darah aku satu badan.. Lepas tu aku teruskan perjalanan dan berhenti kat RnR Seremban. Punya pucat gi ambik baju dan tuala terus gi mandi. Kekasih masih tergamam dan menggigil. Aku pun cuak. Tapi buat2 hero. Isshhh..

2 comments:

thong said...

perggh....careful dude... malang tidak berbau...

emollient said...

nasib baik kau. aku nasib baik jugak, 3 kali eksiden pasal terlelap. sondol belakang kereta 2, sondol divider satu.