emotion device's myspace »

Wednesday, July 22, 2009

Marilah berkawan dengan kamu!



Ntah macam mana aku boleh tulis "title" post ni macam kat atas tu. Aku tak rancang.. Spontan.. Tapi aku rasa susah nak faham "title" tu. Ayatnya mudah, senang difahami tapi susah nak bayangkan situasi kalau betul-betul ayat tadi digunakan. Arghkk... pening... tapi aku stil fikir.. masih cuba menguji ntah-ntah.. ada sesuatu situasi yang unik yang membolehkan ayat itu digunakan.. tapi dari tadi aku masih tak dapat mencipta atau membayangkan situasi yang bagaimana boleh kita gunakan ayat tersebut.. hahaha.. Tolong la wey fikirkan sama.. ermm


Buat apa la aku fikir.. dan buat apa korang gak bodoh nak fikir.. tak payah fikir pasal tajuk tu.. penting sangat ke tajuk? Dah nama blog, aku bukan buat novel. Aku bukan mencerita, aku kat sini merapu ikut suara hati. Tulis tak fikir, tak tengok monitor, pendek kata.. hembus jer.. Aku tak nak fikir.. sebab makin aku fikir aku tak boleh berhenti.. macam merapu kat blog ni la.. tapi aku tetap terfikir.. fak laa... kenapa asyik fikir je ni??.. aduh runsing betul!..


Klau korang nak tau kenapa aku runsing?.. sebab aku dah jadi pemikir.. selalu kita dengar senaman mulut ni aku gatal gi buat senaman otak.. hahah bayangkan otak bersenam?.. huh?.. hahahhaah.. gemuk sial otak.. banyak lemak.. arghk.. ok kembali ke frekuansi asal..


Okey masalahnya bergini.. Kenapa kita "berfikir"?.. Adakah ada orang yang suruh kita berfikir?. Pernah ke kita "berfikir"?.. Betul ke "berfikir" yang kita faham itu betul-betul itulah "berfikir"? Cuba kata otak kita ini umpama komputer.. dan processing itu berfikir.. jadi kenapa komputer memproses?.. sebab ada orang tekan button komputer.. jadi kita ni sapa pulak yang tekan butang buat kita berfikir?.. arghhkk... tengok.. dah makin mendalam dah persoalan..


Ok baiklah.. ni ada persoalan.. Apakah perasaan kau bila dapat tau.. sebenarnya.. Apa yang kau nampak ini.. sekeliling kau.. semuanya telah dirancang.. disusun.. oleh orang lain dan kita merasakan ini adalah kehidupan kita.. Kita menjalani hidup "normal" pelajar.. bangun mandi gi kelas.. makan.. practice.. blajar.. dan akur inilah kehidupan.. Pernah tak terfikir apa perasaan korang bila aku cakap.. "Sebenarnya hidup kau ini di rancang oleh orang lain untuk kepentingannya tanpa kau sendiri sedari".. Situasinya bergini macam.. pernah tengok hamster lari dalam roda dalam akuarium dia.. boleh dapat bayangkan?.. Hamster lari dalam roda.. roda dalam akuarium..lepas itu roda sambung kat dinamo.. dinamo hidupkan lampu seseorang. Hamster telah digunakan untuk menjana electrik tanpa dia sedari.. Macam kita lah.. kita digunakan tanpa kita sendiri sedari.. Dalam ertikata lain.. PENGHAMBAAN FORMAT BARU... kita digunakan dijadikan hamba tanpa kita sedari.. hahahha.. aku merapu?.. bukan aku tapi kau yang telah di programkan bertahun-tahun lamanya.. supaya tetap dengan jawapan yang telah diprogramkan sebab itu kau tidak akan bersetuju dengan fikiran aku.. Kau mesti cakap aku ni tak betul kan? Patu terus taknak baca blog ni sampai habis.. Kau akan skroll page ni sampai bawah.. tengok gambar.. pastu tarik page ke atas semula.. hahah.. KITA SEDANG DIJAJAH.. untuk dijadikan hamba secara kita tidak ketahui.. macam cerita hamster tadi.. ko tak baca?.. pasni mesti kau baca balik pasal hamster tu.. Kau akan makin menyirap dengan blog ni.. ed kau ni budget hebat la tulis panjang-panjang macam ni?.. jangan baca blog aku ni.. sebab aku tau kau takkan faham.. tapi aku faham.. dan aku tau benda tu takkan mustahil.. sanggup menggunakan orang atas kepentingan sendiri.. manusia ramai macam tu.. siapa golongan ini?.. Jawapan nya.. mereka ini adalah golongan yang pandai dan terlalu cerdik.. melebihi kepandaian manusia sekarang.. kita hanya hidup dalam akuarium kecil berkerja lari di roda untuk makan tanpa diketahui tenaga kita menjana kekayaan untuk golongan cerdik ini.. Ko ada rasa digunakan?.. Mana ada.. ko ni merepek lah ed.. sukatilah.. tu diri engkau.. mungkin juga aku sendiri yang telah dirancang oleh seseorang yang lain itu untuk berfikir begini.. hahahah (makin berlapis).. Semua ekonomi, demokrasi, kominis, kapitalis, semua adalah menuju satu titik yang sama.. PENGHAMBAAN FORMAT BARU.. Berbalik ceria pasal hamster tadi, hamster tu akan diberimakan, kesihatan dijaga, di perhatikan, agar sihat dan terus boleh bekerja kepada si parasit ini. Kenapa begitu senang menipu hamster untuk menjadi hamba tanpa dia sedari?.. jawapannya.. adalah belajar jadi dan kenal naluri hamster.. bila tahu nature hamster kita boleh manipulate.. sama juga kalau nak manipulate manusia.. kena tau nature dan naluri manusia.. lepas tu manupulate lah.. jadi kesimpulannya, kita TIDAK AKAN RASA kita di pergunakan dan menjadi hamba kerana kita manusia.. hidup selesa dalam "nature"nya!.. menjadikan kita buta.. tongkat kita hanyalah media, vitamin kita adalah hiburan.. saudara kita adalah duit.. Kekuasaan adalah DADAH.


Jadi.. Ayuh hamster-hamster sekalian.. keluarlah kau dari sangkar akuarium dan melihat dunia yang lebih luas!








8 comments:

asila said...

pikir ape??aduhaii..

azmir abdullah said...

setuju.

Antara Bandar said...

"man behind the curtain" tu da mati d...semalam mati.

masa aku o.d semalam aku nampak.

emotion device said...

Hahaha banyak la ko dah mati.. aku nampak diorang semalam.. Andreas pun nampak jamal abdillah terbang.. tapi aku tak nampak jamal abdillah terbang! hahahha

Yang aku tau ko yang cam nak mati! hahahah

asila said...

saya mau jam ITU..fikirkan la cemane..mahuu

Zahra Ashiqin said...

its about 'life'...

yusridahmati said...

hahaha... banyak kemungkinan yang tak jelas ed...

emotion device said...

Ermm ye semua kerana kemungkinan. Jadi kita hanya lah seorang pencari menjawab segala kemungkinan itu agar ia menjadi jelas.