emotion device's myspace »

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 penyakit atau alat?


Hari ni tergempar semua warga koleg kediaman UPSI kena kuanrantin. H1N1 punya pasal. Semua pelajar dikurung untuk dibuat saringan. Makanan akan diberikan. Mereka akan duduk terpenjara sehingga di beritahu. Aku mungkin xda kelas. UPSI tutup. Mungkin aku boleh balik kampung makan makanan mak. Terima kasih KHAR (kolej kediaman) kerana memberi semua cuti.

Tapi aku tak lah segembira seperti rakan-rakan serumah bila mengetahui berita ini. Sebab aku tau aku banyak kerja yang perlu dibuat dalam sem ni yang perlu difikir dan dirancang. Kemuncak Seni. Final production teater. Barabah. Arghkk.. pening!

Aku akan teruskan jugak. Tak pe. Aku yakin semua akan berjaya. Aku terlalu optimis padahal aku sendiri yang kecut perot. Ni dah tak leh datang UPSI pulak.. Malam ni semua budak kolej kediaman kena kuanrantin. Mesti kampus tutup. Maknanya meeting untuk final production teater tak de. Meeting Kemuncak Seni ni tak de. Ruginya masa bila aku memikirkan tentang masa yang tak banyak untuk aku buat benda-benda tu. Tapi semua yang berlaku tidak mungkin merugikan setengah pihak. Macam aku. Psti ada yang meraih keuntungan semasa kira rugi. Macam perniagaan kematian kat jalan nak balik umah aku. Ada kawasan kubur cina. Luas mata memandang. Dijaga rapi macam taman. Nama dia Nirvana Memorial Park. Dari cerita dari mak aku sapa nak kubur dia kat situ atau ditanam kat situ tempahannya berjumlah RM2500. Mungkin bagus. Mati tanam bayar RM2500 kubur jaga sampai bila-bila. Kubur bak dalam taman. Satu cara pengurusan yang baik. Kira cara baru menguruskan tanah perkuburan. Maknanya tidak lah terbiar.

Tapi itu bukan ceritanya. Ceritanya ialah orang lain untung masa kita rugi. Kematian mungkin boleh dipandang "kerugian" bagi keluarga si mati, tapi keuntungan pada pekerja Nirvana Memorial Park. Ye la satu petak kecik masuk keranda nilai dia RM2500 kalau seluas gunung tu?.. Berapa ribu boleh dapat?.. Kaya tak?.. haha ni adalah sambungan dari blog aku yang lepas. Kita takkan perasan kita digunakan untuk kepentingan golongan orang yang pandai manipulate nature manusia.

Siapa diorang ni?.. Diorang bukan tuhan.. Mereka manusia gak macam kita.. Tido berak apa semua.. Cuma diorang ni PANDAI. Tahu menggunakan nature manusia untuk kepentingan kita. Mcm kita guna angin buat kincir tenaga elektrik. Manipulate nature untuk kepentingan kita. Nature tak perasan pun kita guna diorang. Tu pasal kita xpayah bayar kat angin sebab tiup dan gerakkan kincir tu. Hahahah korang konfius? Itu hanya metafora je.

Maknanya kita ni digunakan tanpa kita tau oleh orang yang pandai manupulate kita kerana diorang tau apa nature atau sifat kita. Kita takkan rasa digunakan. Jadi keuntungan adalah 100% kepada mereka. Memang susah nak faham. Tapi kalau korang terus ikut apa yang aku tulis mesti akan faham.

H1N1 apa betul ianya satu penyakit baru?.. Kenapa sebelum ni tidak ada?.. latnat tuhan pada kita?.. Hahah.. Ok la apa-apa je la.. Korang semua berhak untuk mempunyai pendapat sendiri. Tapi aku ada pendapat aku. Kenapa aku fikir kesini?.. Aku pun tak tau.. Semua aku fikir jadi deep.. Saje malas nak fikir macam orang lain fikir.


Penyakit.. Virus.. Merebak.. Aduh.. Panik.. Mati.. Takut.. Rugi.. BETUL KE?.. tak kan la korang fikir satu hala je. Mungkin ada orang memang nak kita sakit. Memang ada orang yang memang nak kita dapat H1N1. Mungkin memang ada orang yang nak kita panik. Memang ada orang yang nak kita rasa takut dan akhirnya merayu meminta perlindungan.

Konspirasi?.. hahah budak-budak umah aku semua ketawakan aku.. macam aku ni dah gila.. hahah.. aku tak gila la wey.. cuma best gak layan imaginasi ni. Bila ada cerita pasal konspirasi-konspirasi misteri.. diorang tau mesti aku suka.. hahah macam Ditector Konan.. Biar la.. Korang tau ke?.. Apa itu H1N1?.. Pernah dengar ke?.. Virus?.. Virus tu apa?..

Virus penyakit kat luar sebenarnya sama ngan virus kat internet ni. Senang merebak. Membawa kerugian, kerosakan dan huru hara. Jadi untuk mengelak dari terkena virus ini kita kena la pakai anti-virus. Kalau sayang laptop atau pc kita. Kita bayar. Diorang tolong. Tapi korang tau tak kebanyakkan virus internet di buat oleh kompany anti-virus sendiri. hahaha aku buat virus.. bagi orang panik.. tak apa aku tolong.. korang bayar aku.. aku untung.. ko rasa selamat.. ko berterima kasih lagi kat aku..

Erm persoalannya.. H1N1 ni mungkin boleh jadi macam virus internet. Di cipta oleh Company Farmasutikal. Orang panik. Takut mati. Terancam. Kuar la "Ubat ajaib" tapi harga mahal. Bayar je. nature manusia.. kita tak tau kita digunakan.. wink!

Wednesday, July 22, 2009

Marilah berkawan dengan kamu!



Ntah macam mana aku boleh tulis "title" post ni macam kat atas tu. Aku tak rancang.. Spontan.. Tapi aku rasa susah nak faham "title" tu. Ayatnya mudah, senang difahami tapi susah nak bayangkan situasi kalau betul-betul ayat tadi digunakan. Arghkk... pening... tapi aku stil fikir.. masih cuba menguji ntah-ntah.. ada sesuatu situasi yang unik yang membolehkan ayat itu digunakan.. tapi dari tadi aku masih tak dapat mencipta atau membayangkan situasi yang bagaimana boleh kita gunakan ayat tersebut.. hahaha.. Tolong la wey fikirkan sama.. ermm


Buat apa la aku fikir.. dan buat apa korang gak bodoh nak fikir.. tak payah fikir pasal tajuk tu.. penting sangat ke tajuk? Dah nama blog, aku bukan buat novel. Aku bukan mencerita, aku kat sini merapu ikut suara hati. Tulis tak fikir, tak tengok monitor, pendek kata.. hembus jer.. Aku tak nak fikir.. sebab makin aku fikir aku tak boleh berhenti.. macam merapu kat blog ni la.. tapi aku tetap terfikir.. fak laa... kenapa asyik fikir je ni??.. aduh runsing betul!..


Klau korang nak tau kenapa aku runsing?.. sebab aku dah jadi pemikir.. selalu kita dengar senaman mulut ni aku gatal gi buat senaman otak.. hahah bayangkan otak bersenam?.. huh?.. hahahhaah.. gemuk sial otak.. banyak lemak.. arghk.. ok kembali ke frekuansi asal..


Okey masalahnya bergini.. Kenapa kita "berfikir"?.. Adakah ada orang yang suruh kita berfikir?. Pernah ke kita "berfikir"?.. Betul ke "berfikir" yang kita faham itu betul-betul itulah "berfikir"? Cuba kata otak kita ini umpama komputer.. dan processing itu berfikir.. jadi kenapa komputer memproses?.. sebab ada orang tekan button komputer.. jadi kita ni sapa pulak yang tekan butang buat kita berfikir?.. arghhkk... tengok.. dah makin mendalam dah persoalan..


Ok baiklah.. ni ada persoalan.. Apakah perasaan kau bila dapat tau.. sebenarnya.. Apa yang kau nampak ini.. sekeliling kau.. semuanya telah dirancang.. disusun.. oleh orang lain dan kita merasakan ini adalah kehidupan kita.. Kita menjalani hidup "normal" pelajar.. bangun mandi gi kelas.. makan.. practice.. blajar.. dan akur inilah kehidupan.. Pernah tak terfikir apa perasaan korang bila aku cakap.. "Sebenarnya hidup kau ini di rancang oleh orang lain untuk kepentingannya tanpa kau sendiri sedari".. Situasinya bergini macam.. pernah tengok hamster lari dalam roda dalam akuarium dia.. boleh dapat bayangkan?.. Hamster lari dalam roda.. roda dalam akuarium..lepas itu roda sambung kat dinamo.. dinamo hidupkan lampu seseorang. Hamster telah digunakan untuk menjana electrik tanpa dia sedari.. Macam kita lah.. kita digunakan tanpa kita sendiri sedari.. Dalam ertikata lain.. PENGHAMBAAN FORMAT BARU... kita digunakan dijadikan hamba tanpa kita sedari.. hahahha.. aku merapu?.. bukan aku tapi kau yang telah di programkan bertahun-tahun lamanya.. supaya tetap dengan jawapan yang telah diprogramkan sebab itu kau tidak akan bersetuju dengan fikiran aku.. Kau mesti cakap aku ni tak betul kan? Patu terus taknak baca blog ni sampai habis.. Kau akan skroll page ni sampai bawah.. tengok gambar.. pastu tarik page ke atas semula.. hahah.. KITA SEDANG DIJAJAH.. untuk dijadikan hamba secara kita tidak ketahui.. macam cerita hamster tadi.. ko tak baca?.. pasni mesti kau baca balik pasal hamster tu.. Kau akan makin menyirap dengan blog ni.. ed kau ni budget hebat la tulis panjang-panjang macam ni?.. jangan baca blog aku ni.. sebab aku tau kau takkan faham.. tapi aku faham.. dan aku tau benda tu takkan mustahil.. sanggup menggunakan orang atas kepentingan sendiri.. manusia ramai macam tu.. siapa golongan ini?.. Jawapan nya.. mereka ini adalah golongan yang pandai dan terlalu cerdik.. melebihi kepandaian manusia sekarang.. kita hanya hidup dalam akuarium kecil berkerja lari di roda untuk makan tanpa diketahui tenaga kita menjana kekayaan untuk golongan cerdik ini.. Ko ada rasa digunakan?.. Mana ada.. ko ni merepek lah ed.. sukatilah.. tu diri engkau.. mungkin juga aku sendiri yang telah dirancang oleh seseorang yang lain itu untuk berfikir begini.. hahahah (makin berlapis).. Semua ekonomi, demokrasi, kominis, kapitalis, semua adalah menuju satu titik yang sama.. PENGHAMBAAN FORMAT BARU.. Berbalik ceria pasal hamster tadi, hamster tu akan diberimakan, kesihatan dijaga, di perhatikan, agar sihat dan terus boleh bekerja kepada si parasit ini. Kenapa begitu senang menipu hamster untuk menjadi hamba tanpa dia sedari?.. jawapannya.. adalah belajar jadi dan kenal naluri hamster.. bila tahu nature hamster kita boleh manipulate.. sama juga kalau nak manipulate manusia.. kena tau nature dan naluri manusia.. lepas tu manupulate lah.. jadi kesimpulannya, kita TIDAK AKAN RASA kita di pergunakan dan menjadi hamba kerana kita manusia.. hidup selesa dalam "nature"nya!.. menjadikan kita buta.. tongkat kita hanyalah media, vitamin kita adalah hiburan.. saudara kita adalah duit.. Kekuasaan adalah DADAH.


Jadi.. Ayuh hamster-hamster sekalian.. keluarlah kau dari sangkar akuarium dan melihat dunia yang lebih luas!