emotion device's myspace »

Friday, April 10, 2009

Alfa beta alfa

Teringat aku, manusia normal berfikir menggunakan tenaga beta. Ini bermakna dalam kehidupan sedar kita tenaga beta digunakan untuk menyelesaikan masalah seharian. Tenaga alfa dalam keadaan separuh sedar. Potensi dan diri sebenar manusia berasa dalam kawasan ini. Alfa. Personaliti manusia bagaikan ice cube. Bahagian permukaan hanya 10% dan selebihnya di dalam air. Dan ais di permukaan menunjukkan personaliti kita semasa sedar. Tenaga alfa adalah bahagian yang tenggelam di dalam air itu. Manusia yang mempunyai kebolehan meneroka kawasan ini adalah mereka yang mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan imaginasi yang tidak terbatas. Penggunaan otak jugak boleh dilakukan dengan semaksima. Aku rasa inilah yang dikatakan fikiran bawah sedar. Aku sedar tetapi aku rasa aku tidur. Hahah.. mean aku dalam kawasan tenaga alfa. Misteri keadaan ni. Rasa bagaikan aku boleh mengarahkan jasat ku menaip blog ini walaupun aku sedang tidur. Aku tidak perlu berfikir. Aku hanya perlu berkata di dalam hati pasti jasat aku akan menulis setiap ayat yang keluar dari hati aku. Yeah aku adalah raja kepada jasat ku. Aku mahu tidur tapi aku tak benarkan jasat aku berbaring. Kau kena duduk dan siapkan blog ini. Tapi dia berhenti menaip. Kenapa?. Sebab aku sendiri tak mampu nak berkata di dalam hati. Apa yang aku nak cakap lagi?. Dengan siapa aku bercakap ni?.. mengapa dia terus menaip apa yang aku katakan ke dalam hati?.. kau siapa?.. kenapa kau duduk di depan laptop aku.. kenapa kau tak pandang aku.. berhenti menaip aku cakap.. kenapa kau sama dengan aku?.. kenapa aku nampak kau tapi ko taknak toleh muka kepada aku?.. mana budak rumah aku?.. kenapa ko pulak ada kat sini?.. kenapa kau rupa macam aku. rupa macam e.d?.. mana satu e.d ni?.. aku boleh baca apa kau tulis.. kenapa kau tulis apa aku kata?.. kau siapa?

2 comments:

Antara Bandar said...

itu hantu yang mak ali jumpa...dia dah masuk dalam badan lu la d.

emotion device said...

pelik dowh.. aku boleh tengok diri aku type kat laptop.. aku tengok je dia.. tapi dia tak layan aku.. tapi apa aku cakap dia tau la.. dia tulis kata hati aku.. adduuhh seram pulak fikir sk ni.